Teleport Oleh Airasia Bakal Ambil Alih Platform Perkhidmatan Penghantaran Delivereat Pada Harga AS$9.8 Juta



KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2021 – Teleport, cabang logistik airasia digital telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh platform perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian di Malaysia iaitu Delivereat pada harga AS$9.8 juta menerusi gabungan pembayaran tunai dan saham Teleport. Pengambil alihan ini meletakkan nilai semasa Teleport pada AS$300 juta dan ia turut menerima pelabur-pelabur utama, termasuk firma modal teroka Gobi Partners.

Serentak pengambilalihan itu, kedua-dua pengasas Delivereat iaitu Leong Shir Mein dan Tan Suan Sear akan menyertai pasukan pengurusan di Teleport dan airasia digital. Dengan memanfaatkan rangkaian penerbangan AirAsia, visi utama Teleport adalah untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah dalam masa kurang dari 24 jam di seluruh Asia Tenggara. 

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Group berkata, “Kami amat berbesar hati dengan kerjasama ini kerana ia menyokong strategi kami untuk terus berkhidmat kepada semua dan menjadi syarikat penghantaran dengan nilai terbaik di Asean, di daratan dan di udara. Pada masa yang sama, kerjasama ini memperkukuh rancangan airasia digital untuk menyokong rantaian logistik secara menyeluruh, meliputi proses penghantaran dari peringkat pertama hingga terakhir, dan seterusnya menyediakan ekosistem digital yang lengkap. Pengambilalihan ini juga tepat pada masanya kerana kami telah melancarkan perkhidmatan airasia food di Pulau Pinang pada bulan April tahun ini, yang juga merupakan tempat kelahiran Delivereat. Penggabungan Delivereat dengan Teleport juga dapat mendorong pertumbuhan perkhidmatan penghantaran yang cepat dan berpatutan d pasaran-pasaran utama kami yang menyaksikan peningkatan berterusan dalam sektor e-dagang.

“Perjanjian bersama-sama Delivereat ini turut memperlihatkan sokongan kukuh daripada industri terhadap daya maju dan masa depan Teleport. Sebagai pelabur jangka panjang Delivereat, Gobi Partners juga akan menyertai Teleport dan kami berbangga untuk bekerjasama dengan mereka. Nilai semasa Teleport kini berjumlah AS$300 juta dan dengan sokongan daripada rakan perniagaan  dan pelabur strategik, Teleport mempunyai masa depan yang cerah sebagai pemain logistik terkemuka di rantau ini.”

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport berkata, “Kami sentiasa berusaha untuk membuat penghantaran dalam masa kurang 24 jam dan dari mana sahaja di pasaran utama kami, kerana kami menjangka ini adalah masa depan logistik untuk sektor e-dagang di rantau ini; lebih pantas, mengutamakan pasaran tempatan dan berasaskan permintaan. Apa yang penting, kami adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan penghantaran menyeluruh yang memiliki syarikat penerbangan. Inilah sebabnya kami melabur untuk menggabungkan ekosistem keupayaan perkhidmatan penghantaran supaya kami dapat memadankan perkhidmatan berdasarkan permintaan kurier pada hari yang sama, sama ada di dalam negeri atau luar negara. Usaha ini juga akan menyokong penyedia tempatan, memberikan nilai dan pilihan terbaik kepada pengguna dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kami dan rakan penghantar.

“Peluang untuk mengembangkan ekosistem logistik unik kami bersama-sama pasukan Delivereat, yang telah meningkatkan rangkaian penghantaran secara meluas dan berdaya saing selama sembilan tahun, akan membantu Teleport berkembang secepat mungkin, bermula dengan semua bandar-bandar utama di Malaysia, termasuk Pulau Pinang, Lembah Klang dan kemudian, di seluruh Asean.”

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Pengambilalihan  Delivereat adalah tepat pada waktunya kerana kami telah melancarkan perkhidmatan airasia food di Pulau Pinang, tempat penubuhan Delivereat, baru-baru ini dan tidak lama lagi akan turut berkembang ke Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan bandar-bandar lain. Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan mereka ke dalam keluarga airasia dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Suan Sear dan Shir Mein untuk terus mengembangkan pedagang di airasia food di bandar-bandar ini dengan membawa pedagang Delivereat ke platform kami tidak lama lagi.”

Leong Shir Mein dan Tan Suan Sear, Pengasas Bersama Delivereat berkata, “Dengan pengalaman hampir satu dekad dalam perkhidmatan penghantaran makanan dan atas permintaan, kami teruja untuk menyertai Teleport dan memacu pertumbuhan kami di seluruh rantau Asean. Kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada jenama tempatan terkemuka yang telah merevolusikan industri ini dengan pelbagai kejayaan. Matlamat kami adalah untuk menggembleng tenaga bersama-sama Teleport melalui penggabungan ini untuk meneruskan kejayaan tersebut.” 

Thomas G. Tsao, Pengerusi dan Pengasas Bersama Gobi Partners berkata, “Pertemuan dengan Shir Mein dan Suan Sear di kedai mi kegemaran mereka pada tahun 2016 telah meyakinkan saya bahawa syarikat yang bermula di  Pulau Pinang ini – syurga makanan tempatan – boleh bersaing dengan gergasi antarabangsa dan turut berjaya. Delivereat kini membawa nilai mereka ke pasaran yang lebih besar melalui penggabungan dengan Teleport. Gobi amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada Delivereat, dan kami amat berbesar hati untuk menjadi rakan strategik jangka panjang Teleport dan airasia digital dalam usaha mereka melonjakkan industri logistik dan Super App di rantau ini.”

Delivereat adalah sebuah syarikat permulaan dari Pulau Pinang yang ditubuhkan pada awal tahun 2012 oleh sepasang suami isteri. Sejak itu, ia telah berkembang pesat dan menghantar lebih daripada satu juta pesanan dan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dan kurier ekspres berdasarkan permintaan dari lebih 4,000 peniaga (seperti restoran, pasar, farmasi dan barangan runcit), oleh 4,000 rakan penghantar mereka. Perkhidmatan Delivereat meliputi Pulau Pinang dan Lembah Klang, dan ia menerajui perkhidmatan penghantaran makanan dengan pilihan rakan niaga terbesar di Pulau Pinang sebanyak 1,000 dan adalah syarikat pertama yang menawarkan penggabungan pesanan untuk penghantaran yang sama kepada para pelanggan.

Tertakluk pada kelulusan seterusnya, Teleport menjangka transaksi ini akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun 2021.

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari airasia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik airasia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja – daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Mengenai Delivereat

Delivereat merupakan pelopor dalam industri penghantaran dalam talian yang berasal dari Pulau Pinang. Ia diasaskan oleh pasangan suami isteri yang bertekad untuk membantu masyarakat tempatan untuk terus membangun. Platform ini memberi kemudahan kepada para pelanggan, memberi peluang pekerjaan dan membantu dalam meningkatkan pendapatan kepada para pengusaha makanan dan minuman tempatan. Misi kami adalah untuk membolehkan semua orang untuk mendapatkan makanan dan memudahkan kehidupan melalui penggunaan teknologi, dan visi kami ialah untuk menjadi pilihan utama dalam perkhidmatan penghantaran tempatan.

About Gobi Partners

Gobi Partners is one of the longest-standing venture capital firms with a Pan-Asian presence across North Asia, South Asia, and Asean with over US$1.1 billion in assets under management (AUM). The firm, headquartered in Kuala Lumpur and Shanghai, supports entrepreneurs from the early to growth stages and focuses on emerging and underserved markets. 

Founded in 2002, Gobi has raised 13 funds to date, invested in over 270 startups, and has grown to 13 locations, across Bangkok, Beijing, Dubai, Ho Chi Minh City, Hong Kong, Jakarta, Karachi, Kuala Lumpur, Lahore, Manila, Riyadh, Shanghai, and Singapore. 

 As a Participant of the United Nations Global Compact, Gobi Partners is committed to aligning strategies and operations with universal principles on human rights, labour, environment and anti-corruption, and take actions that advance societal goals.

For more information, please visit https://www.gobi.vc


More news from Teleport

Previous
Previous

Teleport Oleh AirAsia Perkukuh Perkhidmatan Kargo Di Rantau Ini Dengan Pelancaran Pesawat 737-800 Pertamanya

Next
Next

AirAsia’s Teleport To Acquire Delivery Platform Delivereat For USD 9.8 Million