Teleport AirAsia Sedia Hantar Vaksin COVID-19



Kuala Lumpur, 26 November 2020 – Teleport, syarikat logistik milik AirAsia Digital bersedia dan komited untuk menyokong pengedaran vaksin COVID-19 di rantau ini, melalui rangkaian AirAsia yang merangkumi 125 buah bandar di Asia Tenggara. 

Sejak pandemik COVID-19 bermula pada awal tahun ini, Teleport adalah antara syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas kargo sahaja untuk menghantar bantuan perubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ke hospital-hospital dan para petugas barisan hadapan di bandar-bandar utama, walaupun sempadan antarabangsa ditutup dan penerbangan AirAsia dihentikan sementara.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata, “Pengedaran vaksin bukan sahaja merupakan keperluan global, malah ia dijangka dapat memulihkan ekonomi dunia dan meningkatkan permintaan perkhidmatan industri penerbangan.

Sebab itulah kami berusaha untuk menumpukan kepada sumber, teknologi dan infrastruktur bagi rantaian bekalan serantau dan perkhidmatan penting. Kami akan bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan rakan kongsi kami untuk memastikan vaksin dihantar kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus untuk memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung.”

Sebagai syarikat logistik berteknologi, Teleport juga membangunkan teknologi integrasi (API), pengeluaran digital AWB, dan teknologi bersepadu dengan terminal kargo bersama Ground Team Red (GTR), rakan kongsinya di bawah hab AirAsia dan SATS di beberapa buah pasaran utama.

Teleport juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pantas dalam masa 24 jam meliputi pengangkutan udara, pelepasan kastam dan penghantaran menyeluruh di sekitar ASEAN dan Asia-Pasifik. Kejayaan secara konsisten ini merupakan bukti usaha Teleport dalam menyokong perkhidmatan penting, terutamanya industri kesihatan.

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari AirAsia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja – daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan.


More news from Teleport

Previous
Previous

亚航物流Teleport为运送COVID-19疫苗准备就绪

Next
Next

AirAsia’s Teleport Ready To Deliver COVID-19 Vaccines